What a day..!!!!!

Sunday, September 28, 2008

hmmm...today is like just a day...im quite bored la jgak..hmmm..dgn Mr R yg always diburui pemintnye ajk kua n so on..WANTED yg amt..fine..i need my frens...ouh...!!!bosan oke...nsb bek la ade my kitten..so die je la tmpt aku nk main2 ngn die...kat rumah pun..ade sape je..seriously im so damm lonely..tp saje je tau..dgn family prob lg..haishhh..dis is wat we call `LIFE`..SAKIT HATY jgak today....knape...???"BIARLAH RAHSIA"....=(

PeSaNaN bUaT lElAki,...=)

Thursday, September 25, 2008

Jangan lelaki biase..Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita..Tanpa mereka,hati..fikiran dan
perasaan lelaki akan resah..Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu..isteri atau si
puteri..Dijadikan meraka dr tulang rusuk yg bengkok utk diluruskan oleh lelaki..tetapi kalau
lelaki sndr yg tidak lurus..apa mungkin mampu nk meluruskan mereka..???Tak logiklah kalau kayu yg bengkok menghasilkan bayang2 yg luruskan..

Luruskanlah wanita dengan cara yg ditunjuk Allah..kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh-Nya..Didiklah mereka dgn panduan dari-Nya..Jangan cuba jinakkan mereka dgn harta..nanti mereka semakin liar..Jangan hiburkan mereka dgn KECANTIKAN..(Ooopsss terasa)nanti mereka menderita..Yg semntara itu tidak akan menyelesaikan masalah..Kenalkan mereka kpd Allah..zat yg kekal..disitulah suis utamanya.....

Akal setipis rambutnya..tebalkan dgn ilmu..hati separuh kaca..kuatkanlah dgn iman..Perasaan selembut sutera..hiasilah dgn akhlak..Suburkanlah jiwa mereka dgn sifat2 murni kerana dr situlah mereka akn nampk nilai dan keadilan Tuhan..Akan terhibur dan bahagialah hati mereka..walaupun mereka tidak bergelar ratu cantik dunia,presiden ataupun perdana mnteri negara atau wanita gladiator...

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..Itu bukan diskriminasi Tuhan..Sebaliknya disitulah kasih syg Tuhan..KERANA rahim wanita yg lembut itulah yg mengandungkan lelaki2 waja - negarawan,jutawan,dan pelbagai wan-wan lg..=)

Ingatkan wanita agar jgn lupa hakikat kejadiannya..Mereka yg lupa pasti terhibur dan tidak menghiburkan..Tanpa ilmu..iman dan akhlak,mereka bukan shj tidak boleh diluruskan..bahkan mereka pula yg membengkokkan..Lebih ramai lelaki yg dirosakkn oleh si perempuan drpd perempuan yg diroskkan oleh lelaki..sesungguhnya..SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI..

Usah biarkan wanita hanyut dlm dunia kepura-puraannya..Usah biarkan mereka bermaharajalela dgn mengusung tinggi egonya.kelak ank pun akan kehilangan ibu.suami.. kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan si puteri..Apabila wanita derhaka..dunia lelaki akan huru-hara...Apabila tulang rusuk patah,rosaklah jantung..hati dan limpa..Para lelaki pula jgn hanya mengharapkan ketaatan tetapi binalah kepimpinan..Pastikan sebelm memimpin wanita menuju Allah..pimpinlah dr sendiri dahulu kepadanya..Jinakkan dr dgn Allah..nescaya akan jinaklah segala-galanya di bwh pimpinan mereka yg bergelar SI ADAM..

JGN MENGHARAP ISTEIMU SPERTI SITI FATIMAH..KALAU PERIBADIMU BELUM LG
SEPERTI SAYYIDINA ALI......

Bina Peribadi Waktu Makan...=)

Sunday, September 21, 2008

Pakar motivasi bebas Ustaz Sobri Abd. Rani menyarankan agar ibu bapa menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk membetulkan kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu makan adalah program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup. Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu makan:

1. Tunggu orang yang paling tua "Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau tidak ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan begitu selama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat kepada yang lebih tua walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalau kita hendak tahu macam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok waktu makan."

2. Baca bismalah dan guna tangan kanan "Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan ke mulut atau memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk ke mulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan kanan. Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh syariat. Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang banyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah."

3. Ambil lauk terdekat dulu "Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa? Melatih sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa, itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik. Ia mempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja. "Kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang pertama letak di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain. Kalau dia tak mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak. Kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang lain. Kita sudah bina masyarakat penyayang di dalam rumah kita. Malah untuk latih anak cinta pada saudaranya yang lain, itulah waktunya."

4. Kawal suapan "Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapan seterusnya selagi di dalam mulut itu belum ditelan. Sesudah ditelan, baru angkat suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk apa? Melatih jangan tamak dan bersifat qanaah ? mencukupi apa yang ada. Atau lebih tepat, melatih syukur terhadap apa yang Allah kurniakan." Ustaz Sobri berkata, "Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia akan menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab makan adalah perkara yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu ia mempengaruhi roh."

-Renung2kan..dan selamat beramal...=)

Nama Jepun..Jiwa luka..??hiburkan hati anda=)

Thursday, September 18, 2008

> > > > Kalau yang sedang boring-boring tu tak tau nak buat apa,

> > dalam kepala otak

> > asyik fikir POLITIK, REFORMASI dan lapar dahaga sahaja, apa

> > kata kita

> > berhibur sikit dengan lawak nama jepun ni.

> > > > 01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI

> > > > 02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA

> > > > 03. Yang bisu - KIETA TADASORA

> > > 04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA

> > > > 05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO

> > > 06. Yang suka belajar - ASHIKO URANGKAJI

> > > > 07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA

> > > > 08. Yang sangat kedekut - MAMATI TAMOKASI

> > > > 09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

> > > > 10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

> > > > 11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA

> > > > 12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

> > > > 13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI

> > > > 14. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI

> > > > 15. Yang suka BERSUMPAH - SAIIFOO BAUKARI

ahahhahahahhahahahhahahaha......!!!RIANG RIA BERSAMA=)

Snow Effect